renungan
cop mohor
muqaddima...
Kami sedar, orang macam kami ni, punya tanggungjawab besar.... bukan untuk berbangga... tapi ni lah hakikatnya... bila dah tahu “serba” sikit tentang agama, maknanya paham pahamlah...
Lagi banyak yang kita tahu... lagi banyak tanggungjawab kita... itulah hakikat yang mungkin kita tak berapa sedar. Kami juga punya matlamat sendiri dalam mengembangkan, menyampaikan juga membimbing sesama kami mahupun orang lain supaya menghayati Islam.
Hidup ni terlalu komplek kalau kami nak cerita kat sini.... cukup lah sekadar kita renungi bersama.... kalau kami tanya korang semua... korang hidup selama ni untuk apa....? Apakah “feel“ kita semua sampai ke matlamatnya... macam yang kita nak... ?

Alhamdulillah setakat ni kami bahagia dengan cara macam ni, seronok tak tau nak ‘habaq’...heh!
Walaupun ada yang anggap kami ni budak “liaq”, tapi dalam soal agama, kami tetap jaga.... bukanlah kami nak bagitau yang kami ni “baguih sangat” atau nak jadi riak... kami pun pelajar dalam jurusan agama, tahu “serba sikit” tentang hukum hakam. Ilmu yang kita ada boleh kongsi sesama, macam gak susah senang kena lah sesama... pendek kata semuanya sesama.... kalau boleh biar mati sesama....
tapi kami tahu dan korang pun tahu, mati tu bukan urusan manusia.
Bersahabat ni biarlah kita sampai pada ertikata persahabatan tu sungguh sungguh bukan sekerat sekerat...Kami nak, kalau boleh biarlah bersahabat tu seperti yang Nabi Muhammad S.A.W. anjurkan...Dan sememangnya inilah matlamat utama ketika BrotherHood ter-wujud.
Sekurang kurangnya kami semua dapat berkongsi segala pengalaman yang ada dengan korang semua....
 
 

 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kata Ulama'... " Kekadang dosa boleh membawa penanggungnya ke syurga, sebaliknya pahala boleh  membawa pemiliknya ke neraka... "
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"tidak sempurna iman seseorang daripada kamu selagimana dia tidak menyintai saudaranya sepertimana dia menyintai dirinya sendiri" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Dan mereka seharusnya takut kepada Allah andainya meninggalkan dibelakang mereka zuriat turunan yang lemah" (An-Nisa : 9)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Qur'an bukanlah cerita yang di buat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya  menjelaskan sesuatu sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman" (surah Yusuf : 111)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
"Barangsiapa tidak mengetahui keaiban dirinya maka dia adalah seorang yang angkuh" (Ilyas bin Mua'wiyah)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
"Perumpamaan orang kaya yang beribadah seperti taman di atas tong sampah, dan perumpamaan oarang miskin yang beribadah sepertiuntaian permata pada leher gadis cantik." (Bisr bin Al Harith ra)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 
terus merenungi...
 
guide hompej kronologi
personaliti bRotHeRhoOD bLueS cLuB rootsites visi