kronologi
renungkanlah sejenak
“Dan berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah” 
(Surah Ali Al-Imran : 103)
 
the beginning...
lahirnya...
BrotherHood ni bukannya parti atau persatuan  belia atau apa saja pertubuhan yang berdaftar...cuma kami nak cerita kat sini, asal usul camana BrotherHood ni boleh ada atas mukabumi ni...
Kami ni sebenarnya student di luar negara... yang datang nak menuntut ilmu pada mulanya...lah!
(Tapi bukan  makna nya niat kami dah terpesong...taaak!) Kami ni datang dengan niat yang satu...
nak ngaji sesungguh... dan itulah harapan dan pesan orang tua kami... ala... korang paham paham je lah... ngaji dengan duit mak bapak  (“fama” kami kat sini sebut cam ni)... dalam otak kami negara yang kami nak pegi ni adalah sebuah tempat yg aman dan damai... lagi permai... untuk belajar lah... ditambah lak kami ni ngaji agama...Kira lebih kurang cam tulah gambaran yang kami nampak...

Wokehhh!!! Kalau nak cerita panjang panjang...”pendek kata panjang ceritalah”...

Jadi kita pendekkan je tang tu... Tak lama lepas tu, barulah kami perasan rupanya apa yang
kami gambarkan sebelum ni tak betul. Suasana damai nak belajar tu sebenarnya tak berapa nak damai... lagi lama kami tinggal kat negara tu... lagilah tak damai...nak tahu sebab apa... ???
Benda ni sensitip sikit... Cuma apa yang dapat kami sebutkan disini... kami dipandang serong dek bebudak lama di sini pada masa tu... yang dipermasalahkan... dressing kami yang  sempoi tu katanya tak ikut sunnah... rambut kami yang panjang (tak semua) dikatakan macam pompuan sedangkan nak menghukum orang bukannya semudah tu... kami pun belajar agama gak masa kat sekolah dulu...
kami pun tau gak yang mana boleh, yang mana tak boleh... lagi satu pasal main muzik....haaa!!!

Akhirnya...pepihak yang tak puas hati dengan kami buatlah macam macam pada kami ni...
dahlah kami ni tak berapa kerat sangat... ada pulak yang nak pulau kami, sampai kami bagi
salam pun diaorang tak jawab. Dan bermacam macamlah lagi tekanan yang kami terima
Bila dah jadi cam tu... dengan sendirinya tekanan tekanan tu membentuk prinsip dan peribadi
kami... dan seperkara yang diaorang tak terfikir bila kami ditekan cam tu ...muncul satu mimpi ngeri buat diaorang... “BrotherHood”...!!! Perkataan ni-lah yang terkeluar dari mulut salah sorang dari kami setiapkali kami ditekan dek pepihak tu... Dan kami yang datang dari segenap penjuru Malaysia...menjadi satu... dan BrotherHood-lah yang menjadi lambang penyatuan kami ni...

Walaupun masa tu kami cuma lapan orang tapi bila sebut je budak-budak BrotherHood puak-puak yang berbulu dengan kami tu jadi gabra semacam je...jadi macam dalam cerita kartun Lion King time tiga ekor hyena sebut nama Muphasa..ha..ha...say it again...Mu..pha..sa...huuuuuh...scareddd!!! ...say it again...Bro...ther...Hood....arghh!!!

Kami tak pernah pun isytiharkan yang BrotherHood ni pertubuhan jenayah ka mafia ka yakuza ka apa ka...tiba-tiba saja pepuak tu jadi cam tu...tapi kira okay lah tu sekurang kurangnya kami tau yang diaorang tu kaki kutuk kot belakang...sebab tu diaorang gabra bila jumpa dengan kami...heh...heh...sapa suruh makan cabai !!! Kami tak suka kacau orang tapi kalau orang kacau kami...cerita lain lah jadinya...tebuan pun marah kalau orang kacau sarang dia inikan pula kami ni manusia...dok gitu? (kembangkan hidung anda kalau setuju!).

 untuk mengetahui kisah selanjutnya sila klik di sini
 
 
 
guide hompej bRotHeRhoOD bLuEs cLUB
personaliti renungan rootsites visi