"Tidak sempurna iman
seseorang daripada kamu selagimana dia tidak menyintai saudaranya sepertimana
dia menyintai dirinya sendiri" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Ruangan
ini bukanlah ruangan mencari kenalan, sebaliknya ruangan ini berkaitan
dengan individu yang telah mewujudkan dan mencorakkan BrotherHood
serta merencanakan ke
mana arah tuju BrotherHood
selepas ini dan antara
ruangan terpenting dalam halaman hompej ini. Dalam ruangan ini juga ada
menceritakan serba sedikit tentang latarbelakang, sifat, serta apa apa
yang berkaitan dengan individu dalam BrotherHood.
Pepatah melayu ada mengatakan
" Tak
Kenal Maka Tak Cinta ".
Jadi dengan
bersikap proaktif maka kami warga BrotherHood
cuba untuk mencungkil
apa yang terkandung dalam diri setiap dari individu di antara kami. Bukanlah
bertujuan untuk menaikkan martabat diri atau berbangga dengan apa yang
ada, tetapi ianya sekadar perkongsian maklumat antara kita semua; ingatlah
apa yang baik itu datangnya dari Allah dan apa yang buruk itu adalah kelemahan
diri kita sendiri.