renungan cop mohor
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakkan buruk sangka (sesama muslim) kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari aib orang, dan jangan pula sebahagian kamu mengumpat yang lain." (Surah Al-Hujurat: 12) 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ali bin Abu Thalib r.a meriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa baginda pernah bersabda; "Sesiapa bermua'malat dengan orang-orang lain dan tidak menganiaya mereka, bercakap kepada mereka dan tidak berdusta, berjanji kepada mereka dan tidak menyalahi janjinya, maka dia termasuk orang yang sempurna harga dirinya dan keadilannya, wajub bersaudara dengannya dan haram kata-mengata terhadapnya" 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
"Sedekah itu dapat menutup tujuhpuluh pintu kejahatan" 
"Barang siapa yang mempunyai harta maka bersedakahlah dengan kekayaannya. 
Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya. 
Barang siapa yang mempunyai tenaga, maka bersedakahlah dengan tenaganya." 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akal itu mempunyai sepuluh bahagian, lima bahagian nyata dan lima bahagian tersembunyi. Bahagian yang nyata diam, sabar, rendah hati, menyuruh kepada perbuatan yang baik dan mencegah yang mungkar serta membuat amal soleh. Bahagian yang tersembunyi merenung dan berfikir mengenai ciptaan Allah, beri'tibar, menganggap masalah dosa sesuatu yang bahaya, takut kepada Allah dan mengekang hawa nafsu. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Kemuliaan seorang mukmin terletak pada penghayatan agamanya. 
Harga dirinya terletak pada kercerdasan akal fikirannya. 
Kehormatannya terletak pada kebaikan budi pekertinya. "
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
"Fikiran tanpa dipergunakan adalah pemikiran yang hampa"
(Sayidina Ali Abi Thalib)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
"Barangsiapa mengkhianati Allah dalam rahsia, maka Allah akan membongkar rahsianya dalam terang-terangan."
(Al Fudlail bin Ayyadl)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Takutlah dunia, kerana dunia itu lebih menyihirkan daripada Harut dan Marut"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya hidup di dunia hanya gurauan, mainan, hiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba banyak harta benda dan anak-anak."
(Surah Al Hadid: 20)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 
 
 
 
 guide hompej kronologi
personaliti bRotHeRhoOD bLueS cLuB rootsites visi