rootsite
cap mohor
 muqaddima...
Kemanakah arah dan tujuan BrotherHood selepas ni ...? Kami rasa soalan tu...sapa pun tak boleh nak jawab...Bukan maknanya kami tak reti atau tak faham dengan apa yang dah kami ciptakan sendiri... tapi benda macam ni “a bit sensitive”... kata omputih, senang cerita... apa yang berlaku pada kami ni ada hikmahnya... dan kewujudan BrotherHood ni pun adalah satu hikmah... yang amat berharga dariNya. Kami semua boleh dikatakan satu kepala.... antara kami memang dah masak dengan perangai masing masing....kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri kami... kami dah cukup paham... kalau kami nak buat sesuatu... Semua sekali join tak kiralah yang dah kawin ke... yang ada anak bini ke...heh! Biasalah bila dah berkawan ni susah senang sama-sama...kalau kami berjalan ramai ramai dan sorang ada air kotak... sanggup ‘share’ minum sorang sikit... Korang biasa dengar tak istilah ‘peace smoke’...? heh!!
Memang laa orang selalu kata, kawan masa seronok senang nak cari tapi kawan masa susah...?
Sejauh manakah kita mampu melaksanakannya...?
Falsafah hidup dan fikrah kami ni tak jauh berbeza... dan ini memberikan kekuatan yang akhirnya telah membentuk matlamat kami... baik sekarang atau ke depan nanti... menjadi satu...!!!
...“all in all for all is all we all are...“ sekali omputih lagi laaa... (cuba korang baca laju-laju... heh!)
yang baik jadikan tauladan....yang tak berapa baik jadikan sempadan
susah woooo...nak cari kepala yang macam ni....
fikrah kami sikit...tapi BERKESAN!!!
***Persahabatan bagi kami... bersahabat  dunia  akhirat  
Susah senang, tanggung sama sama.  

***Tak puas hati ngan kengkawan cakap depan depan (terus terang kata orang)  

***Melebihkan kepentingan bersama dari kepentingan diri.  

***Benda yang simple jangan  disusah susahkan, benda yang senang jangan ambik mudah  

***Nilai sesorang tu bukan pada rupa atau gaya, tapi.... hati & budi  

***Kalau kengkawan buat silap   dengan orang lain... ingat ! bela dia dulu   sebelum jadi apa apa... lepas tu baru kira lain dengan dia (kengkawan) 
 
 
 

***Sekepala, sehati, sejiwa,   sepoket, sebantal, sedulang dan semua yang seumpama dengannya....  
Sentiasa bermuhasabah bersama  

***Dah biasa dengan hidup susah...   

***Kami seronok selalu, tak kira time susah ke... senang ke...kalau ada apa apa function kami buat sama sama tak kacau orang lain... hati pun senang  

***Saling ingat mengingati sesama kami... biasalah kekadang tu terbabas gak...  

***BrotherHood wujud tanpa mengisi borang atau didaftarkan tapi tersendiri... semuanya terpahat di dasar hati masing masing  
  

  
  
 

***Bebas tak terkongkong  

***Peka dengan isu semasa dalam dan luar negara  

***Paling best... ‘pikiaq’ mau simple dan sempoi habih... tak payah nak   serabutkan kepala.   

***Kalau nak berjaya, Kita jangan ‘pikiaq’ orang ‘pikiaq’ apa yang kita ‘pikiaq’  

***Semua peringkat pemikiran kami boleh masuk  

***Kebanyakan daripada kami adalah “ heavy Thinker “... heh!!!  
  
  

  
  

  

  
 

 
 
 
Doa Rabithah: " Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati- hati ini (orang yang telah di bayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepda hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar). Penuhkan ( piala) hati ini dengan cahaya rabbbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu...... (jika engkau mentaqdirkan mati) maka matikalah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. ...Amin."
 
 
guide BrotherHood Blues Club hompej
kronologi personaliti visi renungan