"Sesungguhnya ummat Islam
itu bersaudara maka, damaikanlah diantara saudara kamu dan bertaqwalah
kepada Allah semoga kamu mendapat rahmatNya" (surah Al-Hujurat, ayat: 10) |
Hari
berganti hari...bulan berganti bulan...tahun berganti tahun (cewahh...
!!! Macam iklan cat ICI lak...eh!)...Dan setiap tahun ada je bebudak baru
yang datang pada kami dgn sendirinya...
kami
tak ajak pun tapi, sebab diaorang tu macam kami gak satu masa dulu...Gabraaaa!!!!....
Baru
sampai negara orang lah katakan...lepas tu terkejut dengan suasana
“yang tak terduga...”
tak
kira lagi dengan “culture shock” mana dengan “homesick” lagi... heh!
Bila
orang lama campur dengan budak baru...maka terjadilah satu tindak balas
kimia aktif yang amat merbahaya!!! ‘Keganasan’ kami dah semakin maksima...cewahhh...dan
kemeluatan pihak bulu tersebut...ehh... pihak yang berbulu dengan kami
semakin membesar (bersama Ribena)...ahak! ahak! Pedulik lah lu...Yang bestnya
time ni perbezaan usia yang agak ketara di antara kami tak jadi masalah
langsung untuk sama sama mengganas!!! Korang tentu terbayang yang bukan
bukan bila kami sebut ‘ganas ganas’ kat sini. Tentu korang terbayang gangster
tagteam wrestling tengah dok belasah tag team baik yang lemah...atau apa
apa fantasi ngeri ngkoranglah...bukan macam tu...kami ni taklah terrer
sampai macam tu. ‘Keganasan’ yang dimaksudkan kat sini ni sebenarnya boleh
la ditafsirkan sebagai kekuatan yang melampau lampau powernya! Perghhh....amacam
tepat tak maksudnya ?!
Setiap
individu dalam BrotherHood
ada keistimewaan tersendiri; ada yang pandai kayu ada yang pandai besi
ada yang terrer masak ada yang terrer bola ada yang terrer semua pun ada!
Pendekata kalau BrotherHood
ni nak buat Institut Teknologi BrotherHood
(macam ITM) pun buleh! Ini bukan riak tapi hakikat. Macam kelebihan
yang ada pada ngkorang jugak bezanya kami ni cuba satukan kelebihan kelebihan
tu dalam apa yang kami namakan BrotherHood.
AlhamduliLlah, itu semua anugerah Allah kepada makhlukNya.
Pada
sekitar akhir tahun 1993 dan 1994 BrotherHood
bertambah ahli, kalau dulu kami dalam lapan orang saja tapi time ni jumlah
keseluruhan anggota yang tersenarai ialah 22 orang (pulamak! macam banci
penduduk lak). Setiap minggu pasti diadakan majlis muhasabah yang kami
anggap sebagai aktiviti terpenting yang BrotherHood
kena buat. Time nilah jugak secara rasminya BrotherHood
Blues Club (BBC) ditubuhkan.
Cuma sampai part yang amat sedih tapi benar, bila beberapa orang daripada
kami terpaksa berpisah balik ke Malaysia (tanahair tercinta) sebab dah
habis ngaji. Sedih tak tercakap ooo...tapi satu perkara yang best diaorang
balik bukan bermakna ke-BrotherHood-an
diaorang pun habis...sebaliknya itu satu hikmah yang tuhan dah aturkan
untuk kami. Diaorang ni lah yang sekarang ni dok tengah struggle merintis
jalan untuk BrotherHood
ber’akar’ di bumi bertuah...Malaysia!
BrotherHood
sekarang dah semakin...makin
matang...dan semakin ramai dari kalangan kami yang telah menamatkan pengajiannya
so bilangan kami di sini pun makin lama makin sikit bukan takde yang berminat
nak join kami lagi tapi kami yang tak berapa berminat nak terima orang...heh!
bukan jual mahal. Tapi keadaan persekitaran yang berbeza berbanding dulu...jadi
susah kami nak nilai diaorang tu betul betuk sekepala dengan kami atau
tidak....antara kami dengan puak puak tu pun dah taklah setegang dulu arus
REFORMASI
yang sedang melanda tanahair banyak mengubah persekitaran di sini...puak
puak tu mula ramah sikit dengan kami...alaaaa...ramah sikit je... tapi
kami tahu diaorang tu ramah ada udang balik batu...bukan nak sangka buruk
tapi kami dah paham ngan sepak terajang diaorang tu...Sekarang ni kami
ikut je rentak diaorang tu...ramai dari kalangan kami yang diambang grad
so kami malas nak layan kerenah diaorang tu...biar je lahhh!!!
Di
Malaysia pulak yang mana dah grad ramai yang dah kawin, walaupun ekonomi
negara yang agak parah dan ditambah pulak dengan pemimpin yang mahazalim
agak menyulitkan mereka tapi berkat ukhuwah BrotherHood
yang telah tertanam dalam sanubari mereka...(perkkkhhh!!! sanubari wa cakap
lu...!!!) mereka tidak pernah ke'saorangan' dalam mengatur langkah...('perkhhh!!!'
sekali lagi macam sajak daaa....) 'Kami' yang telah berada di tanahair
saling membantu untuk berdiri dan kami yang masih di sini insyaAllah akan
kembali ke tanahair juga satu nanti...
We’re
ready to rumble!!!