tahukah anda?
Setiap perkara dan tujuan yang di lakukan itu tentulah berlandaskan kepada maksud dan sebab sebab tertentu.... begitu jugalah dengan hompej BrotherHood ini... di sebalik gabungan cahaya serta jalinan warna dan sebagainya; yang terdapat di dalam hompej ini... menyimpan maksud maksud yang tertentu...
Di bawah ini, di nyatakan apakah maksud yang tesirat itu...
Latar belakang : Mengapa kami mencipta hompej ini yang berlatar belakangkan  batu bata (kecuali beberapa halaman yang berwarna hitam) yang tersusun rapi? Sebabnya batu bata ini mempunyai unsur unsur simbolik kepada kekuatan atau keutuhan sesuatu binaan itu dan setiap bata tersebut mempunyai kaitan dengan yang lain (saling memerlukan untuk mendirikan sesebuah binaan).

Kesesuaiannya: begitulah juga di dalam BrotherHood antara kami masing masing memerlukan antara satu sama lain.

Warna merah pada batu-bata ini melambang berani... dan darah sebagai pertaruhan nilai dalam persahabatan kami.

cop mohor
Cop mohor : Cop mohor ni bukan lah cop resmi BrotherHood sebaliknya ianya adalah rekaan semata mata. BrotherHood bukanlah pertubuhan atau apa apa yang berkaitan dengannya (yang resmi)

Warna hitam : Pada zaman Rasulullah s.a.w bendera/panji Islam adalah berwarna hitam ianya digunakan terutamanya di dalam peperangan untuk menentang golongan musyrikin... dan hitam ini juga dikaitkan dengan keberanian dan juga antara warna yang boleh mengerunkan musuh. Sungguhpun begitu warna hitam ini menjadi satu warna yang penuh dengan keseniannya yang tersendiri serta menjadi nilai dan makna yang begitu tersirat serta abstrak. Sesuai dengan kita sebagai manusia yang bermula dari alam kegelapan (kejahilan) ke alam cahaya/cerah.

Terjemahan Al-Quran, hadis dan kata kata ulama : Al Quran dan hadis adalah merupakan panduan dan pegangan bagi umat Islam... dengan sedaya upaya kami cuba  untuk mengumpul dan menempatkan ayat-ayat suci Al Quran serta hadis yang berkaitan dengan kehidupan (muamalah dan amalan) kita seharian sebagai umat Islam pada setiap muka hompej ini... 'Renungan' adalah merupakan sebuah ruangan bagi kita untuk  sama sama menghayati dan merenungi serta berfikir setiap ayat-ayat suci Al Quran, hadis dan sebahagian mutiara kata para  ulama... agar menjadi panduan dan pedoman bagi kita umat Islam di dalam menjalani kehidupan seharian.  Semoga segala usaha murni kita ini akan mendapat perolehan dan ganjaran yang menguntungkan di sisi Allah.
 

Renungkanlah sejenak kata kata pujangga ulama' di bawah ini semoga dengannya kita dapat menghisab/bermuhasabah tentang diri kita betapa sejauh mana nilai dan harga yang ada di dalam diri kita dalam meniti arus dan onak dalam kehidupan ini selama kita hidup.
 
"Kewajipan merupakan suatu kuasa yang bangun bersama kita di sebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam.
Ia ibarat bayang bayang yang mengikut kemana sahaja kita pergi.
Wahai sahabat sekalian, tahukah kita....
Bahawa segala sesuatu penyakit; penyakit bicara adalah bohong,
penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit budi pekerti adalah memuji diri, penyakit berani adalah keterlaluan, penyakit pemurah adalah menyebut nyebut pemberian, penyakit cantik adalah sombong, penyakit mulia adalah menonjolkan diri, penyakit kaya adalah kedekut, penyakit taat adalah berlebih lebihan dan penyakit agama adalah hawa nafsu....!!!"
 
 
                Masih ada lagi kedapatan beberapa unsur yang tidak atau sengaja tidak di terjemahkan dalam halaman ini, memandangkan maksud atau maknanya yang terlalu luas dan mendalam serta mempunyai nilai nilai tersendiri yang hanya boleh di fahami oleh individu individu yang benar benar memahami.
 
 
 
guide