Seni
seni…
hidup ini terlalu seni
seni dalam seadanya
seni adalah aku dalam
penghayatan
menjadikan ia terlalu
halus untuk difikirkan
lantas mengalir satu
rasa
rasa…
rasa itu adalah seni
seni yang tak berpenghujung
mengalir di dalamnya
naluri
terjebak aku sendirian
dalam mencari kepastian
menebak kekusutan jiwa
dalam mengenal erti
hidup
aku…
masih mencari….di manakah
aku
kini aku dalam nostalgia
akibat derita lalu
dalam mengejar erti
perasaan
adakah aku telah terjebak
dalam igauan
akibat satu kenyataan
dalam hidup…
itu adalah aku….
diri aku, jiwa aku,perasaan
aku
semuanya aku…aku, aku,aku…
misai
14081998
Al-Marj
Jordan
|
Untuk
menyertainya, pihak kami menyediakan empat kategori seperti puisi/sajak
anda boleh memilih mana mana kategori mengikut kesesuaian puisi/sajak anda.
Sila
klik di bawah untuk menyertai halaman Apresiasi ini :
|